Total Pageviews
Thursday, 29 December 2011
Wednesday, 28 December 2011
Lawak petang2 hehehe
Seorang penjual roti di langgar sebuah bas. Akibatnya, dia tercampak dari motor rotinya dan masuk ke dalam longkang.
Sementara itu rotinya bertaburan di atas jalan sambil menyapu darah yang mengalir dari kepalanya, dia terus merintih kesakitan.
Tak lama kemudian datanglah pihak polis menghampirinya dan bertanya..
...
"Ada apa encik..? Ada apa ?"
Dengan suara yang perlahan dan dengan merintih kesakitan, penjual roti itu berkata...
"Adaaaaaa rotii kejuuuuuuu ... Adaaaaaa rotii coklaaaattt ..."
agaknya sapa yang sakit?
penjual roti?
polis?
ini hanya gurauan semata-mata tak de kene mengena dengan yang ada atau yang tak de...hehehehe...;) sweet
Sementara itu rotinya bertaburan di atas jalan sambil menyapu darah yang mengalir dari kepalanya, dia terus merintih kesakitan.
Tak lama kemudian datanglah pihak polis menghampirinya dan bertanya..
...
"Ada apa encik..? Ada apa ?"
Dengan suara yang perlahan dan dengan merintih kesakitan, penjual roti itu berkata...
"Adaaaaaa rotii kejuuuuuuu ... Adaaaaaa rotii coklaaaattt ..."
agaknya sapa yang sakit?
penjual roti?
polis?
ini hanya gurauan semata-mata tak de kene mengena dengan yang ada atau yang tak de...hehehehe...;) sweet
Friday, 23 December 2011
Thursday, 22 December 2011
Permata Hijrah Cilanat... Al-Kopiah Lagik, Haiya!
Al-kesah hari ini, aku bawakan korang hikayat dua orang Kelantan yang cuba untuk jadi entrepreneur yang hebak... dengan menggunakan kaedah mengelentong orang Islam lain jual produk merapu... yeay! Pernah dengar cerita pasal syarikat Permata Hijrah? Tabib pakar mata bahalol yang perasan dia orang lebih terer mengalahkan mana-mana ophthalmologist seantero dunia? Ini memang geng barua tak reti bahasa tak tahu malu punya cacing kerawit dalam kolon ni. Yang dia orang kesah - duit duit duit, dengan cara - scam scam scam. Jual benda merapu dengan harga mahal nak mamps, lepas tu janjikan produk ntah apekejadah yang boleh menyembuhkan rabun jauh dan dekat, boleh kasi semboh glaukoma, boleh kasi sehat saraf mata (what the...?) dan boleh kasi mata korang nampak body awekz dalam baju dan kain (kasi transparent gitu) - I kid you not man!
Sure, I'm kidding like crazy about the last part... but these Permata Hijrah al-kopiah jokers are just plain psychos. No doubt about it. That, I am not joking. Freaking dumbshits, that's what these people are. And they use religion freely as a selling point... dumbasses.
Go here: Permata Hijrah
Tabib yang ada kitab-kitab lama kepala bapak korang la dol! Aku kenal banyak ustaz dan guru agama, dan aku respect dan segan nak buat atau kata sebarangan bila aku bersama orang-orang yang sebegini - tapi, kalau geng yang sesat jalan seperti scammers Permata Hijrah ni yang menggunakan "kopiah" dan sentimen keagamaan untuk buat scam kepada umat Islam... itu dah jadi agama apakejadahnya dey? Baik yang berkopiah macam 2 bahalol kat atas tu masuk agama Hindu aje sudah... pegi weil weil kat boss Krishna tangan lapan bila ada masa lapang hujung minggu. Kalau tak busy scam orang laaa...
Anyway, 2 tahun lepas, scam dia orang ni dah terbongkar dan ada keluar dalam paper pasal benda ni - dan Kementerian Kesihatan ada ambil tindakan - cuma, nampak gayanya 2 mastermind tu masih "at large" dan tak masuk jail lagik... shit! Pehal bang? Sumbat aje la masuk penjara 5-6 tahun. Selamat duit orang Melayu - sebab walau bagaimana sekali pun ada pengumuman atau berita akhbar keluar tentang apa-apa scam kat Malaysia ni... mesti ada segelintir orang Melayu ni yang tak pernah up-to-date, dan mesti ada jugak yang masih bercawat daun kayu sebok memburu babi hutan montel yang berkeliaran dalam hutan. Meaning, terlalu ramai orang Melayu tu yang masih blur tentang banyak scam yang berkeliaran, dan kumpulan Melayu yang sebegini yang disukai oleh mana-mana syarikat scammers... especially MLM tu semua ha.
Tapi, Permata Hijrah ni MLM ke tidak? No, it's not... or is it? Dan apa yang di jual tu bang?
Ubat titik mata yang berharga beratus ringgit... wadefaaaak yu damfaaaak? Ubat titik farmaseutikal yang dikaji secara saintifik bagai nak rak selama berpuluh tahun, dan digunakan dalam rawatan perubatan pun hanya berharga dalam 10-20 ringgit sebotol (malah CMC eyedrop untuk rawatan conjunctivitis hanya berharga <RM5 aje), tapi produk Permata Hijrah tidak wei! Dia orang jual harga mahal gilabab sebab ianya boleh menyembuhkan penyakit glaukoma dan kasi rabun mata sembuh... NOT!
Anyway, every single product from Permata Hijrah were useless scams - but some stupid meleis will buy it nonetheless. Siap ada alat urut mata untuk kasi segar balik tu ha - bak sini RM119.90 bang. Dan ubat-ubat untuk mata, telinga, resdung tu semua hanyalah air normal saline yang diwar-warkan ada campuran whatever ntah. Dan ada jugak ubat tu yang ditambah steroid - gilos dowh! Nasib baik jugak KKM dapat detect scam ni.
Semasa Permata Hijrah ni dulu tengah rancak mengelentong umat - bzns memang longkah beb. Mamat 2 ekor al-kopiah tu masing-masing ada 525i dan Merc CLS dan scooter dan PlayStation3 dan ntah apa lagik ntah. Everything bought in cash! Itu kata informer aku la (macam sedara salah sorang mal'un tu gitu), which I don't really care much about, because cars are just cars... and that info is irrelevant. But scams products that can harm people's health, now that's a different story.
Btw... ini 2nd time aku jumpa orang buat scam yang beribu-pejabat kat Wakaf Che Yeh, Kelantan. What's in Wakaf Che Yeh anyway? Ada aura kelentongan kat sana erk?
Eh... sapa-sapa yang nak join sebagai ahli Permata Hijrah dan dapat diskaun produk... silakan bang. Hanya RM100, anda akan dapat kad seperti di bawah. Hebak mung! And whatever the fuck does 100% Guiness means man? Genuine? Guiness Stout? Gullible? Whaaaaaat?
These 2 are the masterminds - Tabib taik kucen yang ada banyak ilmu daripada kitab-kitab lama daripada Pattani... yeah right! Kitab cara mengelentong ade leeeee...
Where am I going with all these? Permata Hijrah ni dah berkubur dah, kecuali kepada mereka-mereka yang baru keluar hutan dan baru tanggalkan cawat dan dah start pakai kain pelikat. Like I said above, apehal mamat 2 ekor kat atas ni tak masuk jail lagik? KPDNKK dah jejak dia orang ni ke belum? Sebab dah ada scam baru yang berbau pekong sedang berkeliaran di luar sana dan ianya "fresh from the oven"... dan ianya berbau Wakaf Che Yeh with a new twist!
Memperkenalkan:
PELAN PEMASARAN
KONSEP PERNIAGAAN :
1 )MODAL
2) KERJA
3) PENDAPATAN
MODAL
- Anda hanya perlu menyertai perniagaan kami bermodalkan serendah RM 90 ( Sekali Seumur Hidup )
- Dengan bermodalkan RM 90 tadi maka anda akan dapat menikmati ganjaran dan perkhidmatan seperti berikut :
1) Pendapatan Sehingga RM 1,050.00 Sehari @ RM 31,050.00 Sebulan
2) Mendapat Ruang Iklan Didalam Laman Web (anda boleh mengiklankan apa saja perniagaan anda melalui ruang iklan ini).
3) Sistem Dalam Laman Web (Dengan sistem ini anda boleh menjana pendapatan Sehingga Berjuta-juta Ringgit Tanpa Henti).
KERJA
- Anda hanya perlu memprosmosikan perniagaan ini kepada seberapa ramai kenalan anda. Paling Kurang kepada 2 orang rakan. Dalam erti kata lain.... cari 2 orang rakan yang ingin mendapat RM 31,050.00 sebulan dengan hanya bermodalkan RM 90 sahaja. Sungguh Mudah!!
PENDAPATAN @ BONUS
- 2 Bonus Disediakan Untuk Anda :
1) Bonus Tajaan Langsung = RM 28.00 Seorang 2) Bonus Pasangan = RM 7.00 Sepasang
SKIM PIRAMID BERPRODUK PULAK BEYBEH!
Dengan modal RM90, boleh dapat RM31K sebulan.
Woweeweee! Hebak Muh! Woohoohoo!
Dan tanpa lesen AJL1993 whatsoever!
Tapi, apa kaitan Permata Hijrah dengan Mahligai Bidadari? Produk yang sama ke tak?
Produk lebih-kurang itu jugak, dan bermungkinan besar memang sama pun - bungkusan aje lain, dan harga produk-produk tu pulak semua kasi UP sket... MLM la katakan beb. Sapa la Melayu bangang yang akan beli sabun harga RM25 dan RM51 setiap sebijik... wadehel? Produk ntah hape-hape la yang nak dijajap - tanpa ada pengawasan perubatan, tanpa ada piawaian, dan tanpa pengawasan KKM... tapi mengaku macam-macam dalam promosi produk sampai tak hengat dunia. Testimoni buatan tangan bersepah-sepah merata-rata. Really scammers damfaks... haiya ustaz! Ustaz jenis apekejadahnya korang neh?
Anyway... kembali kepada soalan tadi. Apa kaitan Permata Hijrah dengan Mahligai Bidadari? Dan bila la KPDNKK nak sumbat 2 bahalol tu masuk penjara Kajang? Memang tak abis-abis la mat rempit berkopiahnya nak scam sesama umat Melayu, demi duit seciput untuk bekalan ke liang lahad. Sampai bila beb?
Samting rong betui le kome ni weh... ajer ngan yer!
Aidid Mu'addib: Permata Hijrah Cilanat... Al-Kopiah Lagik, Haiya!
Aidid Mu'addib: Permata Hijrah Cilanat... Al-Kopiah Lagik, Haiya!: Al-kesah hari ini, aku bawakan korang hikayat dua orang Kelantan yang cuba untuk jadi entrepreneur yang hebak... dengan menggunakan kaedah ...
Duit Kertas Dan Syiling Baru 2012 | ! SUFFER8ZINE TERRITORY !
Duit Kertas Dan Syiling Baru 2012

Salam 1 Malaysia. Gambar berikut merupakan design duit kertas dan syiling baru Ringgit Malaysia yang akan di keluarkan pada Julai tahun depan. Turut diperkenalkan nilai Wang kertas Note baru RM20 yang juga akan di keluarkan pada Julai tahun depan. Selain reka bentuk baru, warna pada duit kertas tersebut juga dipadankan dengan warna-warna yang menarik. Jom kita lihat gambar duit kertas dan syiling baru dibawah.




Ada Lagi Entri Yang Mantap-Mantap :P
Monday, 19 December 2011
KOMENTAR : Pergeseran di antara dua parti politik terbesar Melayu Malaysia kini semakin getir. Baik Umno mahupun PAS, masing-masing tidak mahu mengalah. Ego dan ketaksuban dan assabiyah semakin menjadi-jadi hingga gelagat kedua-duanya sudah masuk langkah menyanggah ajaran Islam sendiri.
Pastinya ini adalah sesuatu yang malang bagi umat Melayu. Namun apabila dilihat dari sudut pengalaman politik umat Islam sejagat, ia bukanlah sesuatu yang boleh dianggap luar biasa.
Dalam sejarah umat islam, perbalahan yang membawa pertumpuhan darah bukanlah sesuatu yang baru. Dalam Perang Jamal dan Perang Siffin, ramai yang terkorban kerana cuba menegakkan kebenaran menurut kacamata masing-masing. Yang menyedihkan pertempuran berdarah ini membabitkan sahabat kerabat baginda Rasulullah S.A.W sendiri.
Namun Rasulullah S.A.W semasa hayat baginda sudah menyimpulkan bahawa perbedaan pendapat di kalangan umat sebenarnya adalah satu rahmat, sekurang-kurangnya tidak semua umat akan tersesat oleh kerana pegangan yang tidak menepati kebenaran.
Pengajaran daripada Rasulullah berhubung perbedaan pandangan ini bukanlah bermaksud bahawa Baginda bersikap pesimis apatah lagi fatalistik sehingga putus harapan bahawa umat boleh bersatu. Malah sebaliknya, petunjuk yang diberikan oleh Allah S.W.T menerusi malaikat Jibrail kepada Rasulullah banyak mengandungi pedoman yang jelas, tegas dan tuntas betapa perpaduan adalah anak kunci keredhaan Allah S.W.T
"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang dijalanNya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh" Surah Al Jumaah ayat 4.
Malah di samping itu Allah juga membimbing umat Nabi Muhammad S.A.W supaya sentiasa mengutamakan usaha untuk menyatupadukan umat yang bersengketa. Lantas muslimin dipimpin supaya mengambil sikap diplomatik dan adil terhadap mana-mana pihak muslimin yang bertikai.
"Dan apabila ada dua golongan orang mukmin berperang, maka damaikanlah antara keduanya. Jika salah satu dari keduanya berbuat zalim terhadap (golongan) yang lain, maka perangilah (golongan) yang berbuat zalim itu, sehingga golongan itu kembali kepada perintah Allah. Jika golongan itu telah kembali (kepada perintah Allah), maka damaikanlah antara keduanya dengan adil. Sesungguhnya, Allah mencintai orang yang berlaku adil." Al Hujurat ayat 9.
Di sini adalah jelas bahawa dalam menemukan pihak-pihak muslimin yang bertikai satu prinsip mesti dipatuhi - keadilan. Secara adil, pihak ketiga yang cuba mendamaikan umat yang bersengketa mestilah menggunakan neraca keadilan dan wajib berpihak kepada golongan yang teraniaya sehingga wajib menggunakan kekerasan bagi membela yang tertindas.
Apabila pihak yang menzalimi saudara seagama mereka sudah dapat ditundukkan dan lunak kepada perintah Allah, langkah seterusnya yang perlu diambil ialah mendamaikan mereka. Ini bermakna sikap kepala batu dan hanya mahu menang sahaja harus diketepikan.
Sehubungan itu, perbalahan Umno dengan PAS dan pada peringkat tertentu meliputi Parti Keadilan Rakyat (PKR), mesti dihalakan kepada penghujungnya - perdamaian! Ini perintah Allah. Gunakanlah hujah apapun jua, perintah Allah tidak boleh disanggah apatah lagi dikesampingkan begitu sahaja.
"Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat." al Hujurat ayat 10.
PAS dan Umno harus mengambil iktibar daripada perintah Allah yang cukup jelas ini. Allah tidak akan menurunkan rahmat-Nya ke atas orang yang memandang remeh ketetapanNya ini.
Episod persaingan Umno-PAS kini nampaknya bukan sahaja tidak menjuruskan ke arah mencari rahmat Allah malah menjadi semakin meruncing dan mungkin menikam dasar keimanan masing-masing.
Malah pergeseran politik muslimin kedua-dua belah pihak seolah-olah menunjukkan keangkuhan terhadap perintah dan larangan Allah. Cemuh mencemuh, fitnah memfitnah serta benci membenci semakin semarak dihamburkan olehpengikut dan pemimpin kedua-dua belah pihak, seolah-olah tidak pernah menerima perintah Allah S.W.T.
"Wahai orang-orang beriman janganlah sesuatu kaum mengolok-olok kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diolok-olok) lebih baik daripada mereka (yang mengolok-olok)..." al Hujurat ayat 11.
Malangnya, apa yang dilihat dihamburkan oleh pemimpin dan pengikut PAS dan Umno hari ini dan kemudian disebarkan oleh media milik masing-masing serta dilebarkan oleh alam siber benar-benar tidak menghiraukan firman Allah S.W.T.
"Dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." Al Hujurat ayat 11.
Nauzubillah. Bagi politikus muslim tetapi tidak menghiraukan peringatan Allah S.W.T ini seharusnya mereka insaf bahawa tindak tanduk mereka dalam percubaan menundukkan saingan politik mereka mungkin bukan sahaja tidak mendapat rahmat Allah S.W.T malah akan menggolongkan mereka dalam kategori manusia yang zalim di sisi Allah S.W.T!
Rukun politik menurut Islam bersandar adab. Sementara paksi adab yang baik ialah keadilan. Adilkah Pas yang berulang-ulang kali menuduh Umno tidak memperjuangkan Islam kerana gagal meyakinkan kerabat politik mereka yang bukan Islam seperti MCA, MIC dan lain-lainnya untuk memahami Islam?
Malah, sebaliknya ada pemimpin dan penyokong PAS yang menuduh Umno bertanggungjawab menggalakkan mereka untuk mengutuk undang-undang Allah seperti hudud misalnya!
Jika benar demikian, apakah keadaannnya yang menyebabkan PAS tidak berjaya dalam banyak pilihanraya umum untuk menawan Gua Musang di Kelantan misalnya, kerana gagal meyakinkan sebilangan besar pengundi dari keturuan Orang Asal akan keadilan dan kebesaran Islam?
Apakah pula yang telah dilakukan oleh PAS untuk mengajak pribumi Sabah dan Sarawak untuk mengikuti ajaran Islam sehingga ia sering gagal sebegitu teruk dalam pilihanraya di kedua-dua negeri itu? Mesti ada yang tidak kena dengan usaha dakwah PAS ! Atau, PAS lebih mengutamakan persaingan politik daripada kebenaran?
Umno ada cacatnya. Begitu juga PAS. Malangnya, kedua-duanya berasa pihak dan hujah mereka sahaja yang benar. Malah, pemimpin PAS berkali-kali menyatakan kesediaan untuk membubarkan parti itu jika Umno bersetuju untuk melaksanakan ajaran Islam di negara ini dan menyertai Umno!
Umno bukan sempurna Islamnya. Begitu juga PAS. Yang Maha Sempurna adalah Allah. Petunjuk daripadanya sudah sedia diperturunkan oleh Rasulullah S.A.W kepada seluruh umat Islam termasuk Umno dan PAS.
Hanya nafsu yang menghalang mereka berdamai dan berlaku adil. Jika umat Islam mula menunjukkan kejengkelan mereka terhadap Umno dan PAS yang kini nampaknya lebih senang bermuafakat dengan bukan Islam, jangan kesal nanti sebagai pihak yang mendakwa mahu mengikut ajaran Islam kelak akan terperosok di neraka kerana sebenarnya mereka amat berdosa membiarkan umat tidak terpimpin kerana didorong ego dan nafsu serakah inginberkuasa.
PUTRAJAYA, 19 DIS : Dakwat kekal akan digunakan pada pilihanraya umum ke 13 bagi mengelakkan masalah pengundi mengundi lebih daripada satu kali, kata Pengerusi badan itu Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof
Beliau berkata dakwat yang bakal digunakan adalah sama yang di pakai di negara-negara Islam, justeru beliau tidak menjangka sebarang bantahan daripada Majlis Fatwa Kebangsaan.
Abdul Aziz juga mengumumkan bahawa semua anggota polis, tentera dan Pasukan Gerakan Am termasuk keluarga mereka akan mengundi lebih awal kecuali jika mereka sedang bertugas dan memohon untuk mengundi secara pos.
Timbalan Pengerusi SPR Wan Ahmad Wan Omar berkata dakwat itu akan kekal pada jari selama seminggu.
Penggunaan dakwat kekal adalah antara syor Jawatankuasa Parlimen Mengenai Penambahbaikan Sistem Pilihanraya yang mengemukakan laporan awalnya kepada Dewan Rakyat awam bulan ini.
KUALA LUMPUR, 19 DIS : Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mempertahankan tindakannya menurunkan bendera dengan gambar Perdana Menteri di ibu pejabat Umno Sabtu lalu dan memberi amaran sebarang usaha untuk bertindak ke atas mahasiswa yang menurunkan bendera itu boleh mengundang "revolusi" pelajar terhdap kerajaan.
Adam Adli dari Universiti Pendidikan Sultan Idris dijadualkan membuat laporan polis petang ini mengenai ugutan yang diterimanya berhubung insiden penurunan bendera itu dalam cubaan untuk mendesak Najib supaya memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.
Presiden SMM Ahmad Syukri Abdul Razak berkata Adam Adli tidak berseorangan dalam perbuatan beliau itu dan mendesak agar UPSI dan kerajan tidak mengambil tindakan terhadap beliau.
"Jika berlaku sesuatu tindakan yang tidak patut terhadap saudara Adli, kita mungkin akan lihat satu mini revolusi terhadap Universiti dan kerajaan Malaysia," kata beliau.
Beliau mempertahankan tindakan menurunkan bendera itu sebagai cetusan mahasiswa yang hilang keyakinan terhadap Najib.
"Apa yang berlaku itu secara ringkasnya, ialah gambaran atau simbolik hilang percaya anak muda dan mahasiswa terhadap tampuk pemerintahan negara sekarang, khususnya kepada PM di atas sikap retorika beliau," kata Ahmad Syukri dalam sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor.
Sabtu lalu, lebih 300 mahasiswa berarak dari Masjid Jamek Kuala Lumpur ke pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) di Jalan Raja Laut dan Ibu Pejabat UMNO di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC) untuk menyerahkan memorandum membantah AUKU.
Di PWTC mereka menurunkan bendera Najib dan mengantikannya dengan bendera Mahasiswa selama kira-kira lima minit sebelum menaikkan kembali bendera presiden UMNO tersebut.
Mantan Pengerusi SAMM Shaznil Munir mahu Kerajaan mengambil kira draf undang-undang 'Magna Carta untuk Hak Mahasiswa 2008' yang didraf oleh gabungan mahasiswa sebelum itu yang seolah diabaikan oleh kerajaan walaupun telah disampaikan kepada Menteri Pengajian Tinggi dua tahun sebelum ini.
"Magna Carta datang dari Mahasiswa yang bersusah payah buat kajian dari fakulti undang-undang draf dan dapatkan pandangan dari pakar - pakar Perundangan negara. Kami lakukan dengan penuh intelektual dan iltizam dan untuk merubah keadaan mahasiswa dan kami harap ia dapat perhatian sepatutnya. Ini bukan sembang-sembang kedai kopi, ini draf datang dari mahasiswa," kata beliau.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah sebelum ini menyelar tindakan SAMM menurunkan bendera yang memaparkan gambar Perdana Menteri.
Saifuddin berkata tindakan ahli SAMM berkenaan “bukan demokrasi” namun ia tidak akan menjejaskan usaha kerajaan untuk membawa pembaharuan yang diinginkan di kampus universiti.
“Insiden bendera di PWTC bukan demokrasi. Ia tak ganggu, malah kuatkan komitmen kerajaan meminda AUKU untuk benarkan mahasiswa berpolitik dengan sihat,” kata beliau dalam Twitternya.
Kerajaan sebelum ini bersetuju memansuhkan Seksyen 15 AUKU bagi membolehkan mahasiswa menyertai parti politik.
Susulan keputusan itu, Kementerian Pengajian Tinggi menganjurkan meja rundingan bulat membabitkan parti pembangkang, parti komponen BN, aktivis masyarakat dan wakil pelajar untuk menerima maklum balas mereka.
Subscribe to:
Posts (Atom)